v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pucuk Pimpinan yang Baru Parti Komunis China telah dipilih

2007-10-22 14:51:23 CRI

Sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat ke-17 Parti Komunis China (CPC) telah diadakan di Beijing pagi tadi. Badan pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang baru telah dipilih dalam sidang itu. Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang telah dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China. Hu Jintao telah dilipih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China. Anggota dan calon anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China juga telah dipilih dalam sidang itu, anggota Sekritariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China anggota Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China juga telah ditetapkan dalam sidang itu.

Selepas sidang pleno pertama Jawatankuasa Pusat ke-17 CPC, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat CPC Hu Jintao dan anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC yang baru dipilih tersebut telah berjumpa dengan wartawan China dan luar negara. Hu Jintao telah menyampaikan ucapan yang penting. Beliau berkata bahawa kami harus berusaha menjalankan tugas utama parti pemerintah iaitu membangunkan negara, meningkatkan secara menyeluruh ekonomi pasaran sosialisme, politik demokratik sosialisme, kebudayaan sosialisme yang maju, pembangunan sosial harmoni sosialisme, berusaha untuk mewujudkan pembangunan secara saintifik yang mengutamakan rakyat, menyeluruh, seimbang dan kekal.

Hu Jintao dalam ucapannya menyatakan bahawa kami akan membentuk sistem yang dinamik, lebih berkesan, lebih terbuka dan bermanfaat bagi pembangunan secara saintifik. Hu Jintao menyatakan bahawa badan pimpinan yang baru Parti Komunis China akan melaksanakan pentadbiran secara saintifik dan demokratik, mentadbirkan negara berdasarkan undang-undang, meningkatkan secara berterusan taraf kepemimpinan dan kemampuan pentadbiran. Beliau berkata bahawa kami akan melaksanakan dasar luar secara bebas dan damai, mempertahankan jalan pembangunan secara damai, melaksanakan strategi terbuka yang saling berfaedah dan saling menguntungkan, meningkatkan persahabatan dan kerjasama dengan pelbagai negara di dunia berdasarkan lima prinsip hidup bersama secara damai, bergiat untuk meningkatkan pembangunan dunia yang harmoni, damai dan makmur bersama.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |