Menurut Agensi Berita Xinhua China, Forum Perhutanan China-ASEAN Pertama akan diadakan di Nanning pada 30 hingga 31 Oktober ini. Seramai lebih 300 orang termasuk pegawai, sarjana dan wakil perusahaan dari China dan pelbagai negara anggota ASEAN akan menyertai forum tersebut.
Dimaklumkan, forum tersebut bertemakan "kerjasama dan perkembangan berterusan industri perhutanan China-ASEAN" dan bertujuan untuk mendorong kerjasama perhutanan China dengan ASEAN dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi serta perlindungan terhadap sumber hutan. Forum itu mempunyai tiga topik utama iaitu "Pelaburan dan Kerjasama Perdagangan Hasil Perhutanan China-ASEAN", "Penggunaan dan Pembangunan Bahan Bukan Kayu di Asia Tenggara" dan "Kerjasama Teknologi Perhutanan China-ASEAN".
|