v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Mesyuarat Menteri-Menteri Pemeriksaan Kualiti China-AESAN Pertama Akan Diadakan di Nanning
2007-10-23 10:15:29 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Mesyuarat Menteri-Menteri Pemeriksaan Kualiti China-ASEAN Pertama akan diadakan di Nanning, Guangxi China.

Wartawan dimaklumkan demikian oleh Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuarantin Negara China semalam. Tema mesyuarat kali ini ialah "pengurusan dan kerjasama tentang keselamatan makanan import-eksport; melindungi hak dan pentingan para pengguna". Para peserta mesyuarat itu akan mengimbas kemabli dan menilaikan keadaan kerjasama pemeriksaan kualiti China-ASEAN, memperkenalkan keadaaan semasa kerjasama keselamatan makanan China-ASEAN dan lain-lain.

Pegawai Pentadbiran Am Pengawasan dan Pemeriksaan Kualiti serta Kuatantin Negara China menyatakan bahawa penganjuran mesyuarat kali ini menandakan pembentukan mekanisme rundingan peringkat menteri dalam pemeriksaan kualiti China-ASEAN. Ini bermanfaat bagi mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN serta perkembangan perdagangan antara China dengan pelbagai negara anggota ASEAN secara cepat dan sihat dan juga bermanfaat bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara jabatan pemeriksaan kualiti kerajaan China dengan ASEAN.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |