Menurut Agensi Berita Xinhua China, Forum Kerjasama dan Pembangunan Tenaga Elektrik China-ASEAN akan diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 28 hingga 29 Oktober ini. Dalam forum tersebut, kira-kira 300 orang peserta termasuk pegawai peringkat menteri serta petugas sektor elektrik dari China dan pelbagai negara ASEAN akan membincangkan kerjasama dan pembangunan sektor elektrik.
Ini merupakan forum yang peringkatnya paling tinggi yang dianjurkan oleh sektor elektrik di Guangxi. Forum itu akan menyediakan platform bauk untuk kerjasama pelbagai syarikat China dan ASEAN dalam penerokaan tenaga elektrik, pemindahan teknologi dan lain-lain.
|