v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pegawai China-ASEAN akan Berkumpul di Nanning bagi Bincangkan Kerjasama Pembasmian Kemiskinan
2007-10-24 11:06:20 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jabatan Membasmi Kemiskinan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China hari ini memaklumkan bahawa seramai lebih 100 orang termasuk pegawai kanan kerajaan, sarjana dan usahawan dari China dan 10 negara ASEAN akan berkumpul di Nanning pada 30 Oktober nanti bagi bersama-sama membincangkan kerjasama pembasmian kemiskinan.

Para peserta akan bertukar-tukar pendapat tentang kejayaan dan pengalaman yang dicapai oleh China dan pelbagai negara ASEAN dalam proses perkembangan sosial dan pembasmian kemiskinan dan bersama-sama meneliti peluang dan cabaran yang dihadapi dalam proses pencapaian matlamat pembangunan milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Forum Perkembangan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China dan kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Forum itu akan berlangsung selama dua hari dengan temanya "mengambil bahagian dan mendorong perkembangan sosial serantau serta pertukaran dan kerjasama dalam pembasmian kemiskinan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |