v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Guangxi Akan Terus Tingkatkan Kerjasama dengan Pelabuhan-pelabuhan ASEAN
2007-10-26 16:13:07 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi memaklumkan, projek kerjasama antara Guangxi dengan pelbagai pelabuhan ASEAN telah dimulakan dan mencapai matlamat awal. Pada masa depan, kerjasama tersebut akan terus ditingkatkan dan lebih tertumpu kepada pengangkutan laut.

Naib Pengarah Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Pan Wei menyatakan bahawa badan pentadbiran pengangkutan dan laluan perkapalan Guangxi merancang untuk berlepas ke Vietnam, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina untuk mengadakan rundingan pusingan pertama dengan pihak berkenaan kelima-lima negara tersebut menjelang akhir tahun ini.

Beliau menambah, melalui kerjasama dengan pelabuhan-pelabuhan ASEAN, jumlah pemunggahan dan pemuatan pelabuhan Qinzhou, Fangchenggang dan Beihai diyakin akan mencapai 100 juta tan menjelang tahun 2010. Angka itu akan terus meningkat hingga 300 juta tan menjelang tahun 2020.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |