v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN Keempat akan Dirasmikan

2007-10-27 18:40:41 CRI

Ekspo China-ASEAN Keempat akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada 28 hingga 31 Oktober ini. 

Ekspo China-ASEAN yang dicadangkan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan dianjurkan oleh China dan sepuluh negara anggota ASEAN itu merupakan ekspo perdagangan peringkat antarabangsa. Ekspo itu diadakan di Nanning, Guangxi setahun sekali. Ekspo yang berprinsipkan "memangkinkan pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN dan berkongsi peluang kerjasama dan pembangunan" itu meliputi perdagangan komoditi, kerjasama pelaburan dan perdagangan perkhidmatan. Ekspo itu dianggap sebagai wahana yang penting bagi China dan negara-negara anggota ASEAN memperluaskan kerjasama perdagangan.

Semenjak Ekspo China-ASEAN Pertama diadakan di Nanning pada tahun 2004, ekspo itu telah berjaya diadakan sebanyak tiga kali. Peserta-peserta ekspo itu telah mencapai hasil besar dalam perdagangan komoditi dan kerjasama perdagangan. Apakah fokusnya Ekspo China-ASEAN keempat yang akan dirasmikan pada 28 Oktober ini? Wartawan kami telah mewawancara Timbalan Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Encik Wang Lei. Beliau memaklumkan:

"Pertama, bermula pada ekspo kali ini, pihak penganjur telah menetapkan mekanisme negara tema. Kedua, ekspo kali ini lebih mengutamakan kerjasama pragmatik, kerjasama pragmatik untuk tahun ini ditetapkan sebagai kerjasama antara pelabuhan China-ASEAN. Untuk menonjolkan tema itu, kami akan mengadakan forum kerjasama dan pembangunan pelabuhan China-ASEAN. Dan ketiga, Ekspo China-ASEAN keempat akan memberi tumpuan untuk meningkatkan taraf profesion ekspo ini."

Berdasarkan persetujuan yang dicapai oleh pelbagai pihak penganjur, Ekspo China-ASEAN akan mempelawa satu atau dua negara sebagai negara tema setiap tahun bermula pada tahun ini. Negara tema pada tahun ini ialah negara Brunei Darussalam. Difahamkan bahawa Putera Mahkota Brunei Darussalam akan mengetuai rombongan untuk menyertai Ekspo China-ASEAN keempat. Dalam pada itu, ekspo itu juga akan mempromosikan negara Brunei Darussalam kepada para peserta.

Sementara itu, pameran "City of Charm" juga menarik perhatian ramai dalam Ekspo China-ASEAN. Selari dengan tema "kerjasama pelabuhan", kesemua "City of Charm" dalam ekspo tahun ini ialah bandar pelabuhan antaranya Tianjin China, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, Sihanoukville Kemboja, Palembang Indonesia, Savannakhet Laos, Klang Malaysia, Yangon Myanmar, Teluk Subic Filipina, bandar Singapura, Singapura; Chon Buri Thailand dan Ha Long Vietnam.

Menurut taklimat bahawa terdapat tiga ribu buah gerai pameran dalam ekspo kali ini. Barang-barang yang akan dipamerkan meliputi mesin dan kelengkapan, barang elektronik, bahan binaan, barangan kimia kegunaan seharian, produk pertanian, makanan, perabot, minyak sawit dan lain-lain.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta pelaburan semakin hari semakin ditingkatkan. Untuk memenuhi keperluan pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN, menyelesaikan masalah-masalah dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dari segi dasar, undang-undang dan sistem, Ekspo China-ASEAN telah menjalankan banyak usaha dan pembaharuan dan ini telah mendapat penghargaan tinggi dari kalangan pegawai kerajaan dan pedagang pelbagai negara. Sehubungan dengan itu, Ekspo China-ASEAN telah menjadi wahana kerjasama yang penting bagi China dan negara-negara ASEAN.

Timbalan Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN, Encik Wang Lei memaklumkan wartawan bahawa ekspo itu dapat diadakan dengan jayanya disebabkan dua faktor utama. Beliau berkata:  

"Yang pertama ialah pemimpin-pemimpin China dan ASEAN memberi tumpuan terhadap Ekspo China-ASEAN. Dan kedua, Ekspo China-ASEAN dapat dicadangkan dan diadakan dengan jayanya berdasarkan perkembangan hubungan China-ASEAN yang kian hari kian erat, khususnya pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN yang berjalan lancar."

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN turut menciptakan rekod dari setahun ke setahun, perjanjian perdagangan komoditi telah dilaksanakan dengan menyeluruh dan perjanjian mengenai perdagangan perkhidmatan juga telah dimeterai. Serentak dengan itu, kerajaan China dan negara-negara ASEAN telah memberikan dasar keutamaan terhadap pelaburan antara satu sama lain dan tindakan ini telah banyak menggalakkan perdagangan dua hala serta menyediakan asas yang kukuh bagi pembangunan Ekspo China-ASEAN pada masa depan. Kita percaya Ekspo China-ASEAN keempat akan menawarkan peluang yang lebih banyak dan meluas kepada koperasi pelbagai negara.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |