Menurut berita CRI, "Pusat Latihan Kaum Wanita China-ASEAN" telah dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, bahagian barat daya China hari ini.
Penubuhan pusat tersebut ditetapkan dalam Forum Kaum Wanita China-ASEAN Pertama yang diadakan pada tahun lalu. Penubuhan pusat itu bertujuan untuk meningkatkan pertukaran maklumat China-ASEAN dalam bidang pembangunan kaum wanita dan menggalakkan penyertaan kaum wanita China dan negara anggota ASEAN dalam perdagangan dan pembangunan perusahaan melalui latihan berkenaan.
Naib Pengerusi Persekutuan Wanita Seluruh China, Huang Qingyi dalam upacara perasmian pusat tersebut menyatakan bahwa Persekutuan Wanita Seluruh China berharap dapat mendorong pertukaran dan latihan dengan wanita pelbagai negara anggota ASEAN serta mengadakan dialog dan perbincangan tentang masalah yang menjadi perhatian bersama.
|