Menurut berita CRI, kini, jabatan pertanian China telah melaksanakan pengawasan terhadap semua pasar borong hasil pertanian di lebih 670 buah bandar sederhana dan besar.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertanian China, Sun Zhengcai di Bandar Weifang, Provinsi Shandong semalam.
Beliau berkata, sistem laporan hasil pertanian yang gagal memenuhi piawaian telah ditubuhkan di pasar-pasar tersebut. Di samping itu, sistem rangkaian keselamatan kualiti haiwan dan produk haiwan juga telah diwujudkan pada peringkat awal bagi menjamin keselamatan dan kualiti hasil pertanian dengan berkesan.
Menurut keputusan pemeriksaan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian China terhadap pasar borong yang terpilih di seluruh negara baru-baru ini, kadar kelulusan sayur-sayuran yang memenuhi piawaian dalam pemeriksaan sisa racun perosak mencapai lebih 94%, manakala lebih 95% hasil hidupan air telah memenuhi piawaian dalam pemeriksaan sisa ubat.
|