Menurut berita CRI, Pangkalan Latihan Belia China-ASEAN telah dirasmikan di Nanning, Guangxi China hari ini.
Penubuhan pangkalan tersebut merupakan susulan daripada cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN Ke-10 di Filipina pada bulan Januari tahun ini. Pangkalan Latihan Belia China-ASEAN itu akan menyediakan satu platform baru kepada pihak-pihak berkenaan China dengan negara ASEAN untuk menjalankan kerjasama dan pertukaran dalam usaha mendidik golongan belia .
|