v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 akan Dirasmikan Esok
2007-10-27 18:26:28 CRI

Menurut berita CRI, Ekspo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 akan diadakan di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China esok. Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah akan menghadiri ekspo tersebut.

Dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Yao Shenhong menyatakan bahawa penganjuran Ekspo China-ASEAN Ke-4 mempunyai ciri-ciri yang baru, antaranya termasuklah kerjasama pelabuhan antara China dengan negara ASEAN ditetapkan sebagai topik utama dan Brunei dipilih sebagai negara yang diberi fokus utama dalam ekspo tersebut. Tambah beliau, ekspo kali ini akan diadakan berdasarkan konsep "mengutamakan para peserta" supaya menyediakan perkhidmatan dan suasana yang lebih baik kepada ahli perniagaan dari pelbagai negara.

Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Nanning

Sebanyak 3400 buah gerai pameran akan disediakan dan 1908 buah perusahaan dari China dan negara ASEAN akan menyertai ekspo tersebut, antaranya termasuk 123 buah perusahaan dari Malaysia.

 

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |