Menurut berita CRI, Ekspo China-ASEAN Ke-4 telah dirasmikan di bandar Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi hari ini.
Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan, Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah, Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah menghadiri upacara perasmian ekspo tersebut.
Ekspo kali ini akan berlangsung selama empat hari. Berbandingan dengan ekspo yang lalu, pameran ekspo kali ini lebih profesional, jumlah ruang pameran dari negara-negara anggota ASEAN juga meningkat. Berdasarkan statistik, sebanyak lebih 1900 buah perusahaan telah menyertai ekspo kali ini, jumlah ruang pameran yang disediakan mencapai 3400 buah. Antaranya, ruang pameran dari negara-negara ASEAN dan pelbagai negara yang lain menduduki 33% daripada jumlah keseluruhan ruang pameran ekspo kali ini. Pemeran kali ini melibatkan pelbagai sektor penting, termasuklah mesin dan kejuruteraan, pemprosesan makanan, bahan pembinaan dan lain-lain.
|