v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ong Keng Yong: Ekspo China-ASEAN telah Beri "Kesan Mendalam" kepada ASEAN
2007-10-28 09:42:49 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong telah menyatakan bahawa Ekspo China-ASEAN telah membawa pengaruh kepada pelbagai bidang dan sektor di negara-negara anggota ASEAN. Kebanyakan perusahaan ASEAN yang menyertai ekspo itu telah mendapat keuntungan yang memuaskan. Ekspo China-ASEAN harus dikekalkan oleh negara tuan pada masa akan datang.

Ong Keng Yong menyatakan demikian semasa mengadakan pertemuan dengan pegawai berkenaan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi pada malam semalam. Beliau berkata, Ekspo China-ASEAN bermakna penting bagi mendorong kerjasama China-ASEAN dan telah menyediakan platform yang sangat baik untuk meningkatkan hubungan kedua-dua pihak.

Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama Pan Teluk Beibu dimulakan dengan kerjasama  pelabuhan merupakan pilihan yang sangat betul. Sekretariat ASEAN akan meningkatkan promosi terhadap cadangan tersebut agar menarik lebih banyak perusahaan dan pertubuhan menyertai kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |