Menurut Agensi Berita Xinhua China, China telah berjaya menghasilkan sejumlah besar pegawai etnik minoriti yang terlatih. Mereka telah memaparkan dan menggunakan sepenuhnya kemampuan dan potensi sendiri dalam memimpin rakyat kawasan etnik minoriti China membangunkan ekonomi tempatan. Kini, mereka telah menjadi kekuatan teras dalam pembangunan modenisasi China.
Berdasarkan statistik, dalam Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China, terdapat 40 orang pegawai etnik minoriti. Setakat penghujung tahun 2006, jumlah pegawai etnik monoriti China telah mencapai kira-kira 3 juta orang, meningkat 15 ribu orang berbanding tahun 2002.
Ketua Pengarah Jabatan Dasar dan Undang-undang Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Negara China, Encik Mao Gongning berkata, Parti Komunis China dan kerajaan China sentiasa mementingkan pemupukan dan penggunaan pegawai etnik minoriti. Pada tahun 2006, kerajaan China telah membekalkan 4205 orang pegawai terlatih untuk bahagian barat dan pelbagai kawasan etnik minoriti yang lain.
|