v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ekspo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 Diadakan di Nanning

2007-10-28 16:56:35 CRI

Ekspo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 telah dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi, China hari ini. Semasa menghadiri pelbagai aktiviti berkenaan, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan menyatakan bahawa kini, China dan ASEAN telah menjalin hubungan rakan strategik. Kedua-dua pihak saling menghormati dalam bidang politik, mengadakan pertukaran dalam bidang kebudayaan dan saling mendorong dalam bidang ekonomi. Kedua-dua pihak harus menggunakan peluang yang baik untuk terus meningkatkan pelaburan antara satu sama lain, memperdalam kerjasama sub rantau pada masa depan. Para pemimpin negara-negara anggota ASEAN yang menyertai aktiviti hari ini juga telah menyanjung tinggi pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak dan berharap agar terus memperdalam kerjasama antara ASEAN dengan China dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.

Ekspo China-ASEAN merupakan langkah konkrit untuk mendorong pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, ekspo tersebut telah menyediakan platform bagi perusahaan-perusahaan kedua-dua pihak China-ASEAN untuk mempamerkan produk mereka dan mengadakan urus niaga, menyediakan peluang pelaburan dan mendorong kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pelancongan, sains dan teknologi dan lain-lain. Ekspo China-ASEAN Ke-4 yang diadakan hari ini telah mengemukakan mekanisme baru, iaitu "Negara Yang Diberi Fokus Utama". Siri aktiviti promosi untuk negara tersebut akan diadakan dan terutamanya untuk mendorong program kerjasama dalam pelbagai bidang penting antara China dengan ASEAN.

Berunei telah dipilih sebagai "Negara Yang Diberi Fokus Utama" dalam ekspo kali ini. Putera Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah telah menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian ekspo tersebut. Beliau telah menilai tinggi peranan Ekspo China-ASEAN dalam memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Tambah beliau, negara-negara ASEAN bersedia menjalinkan hubungan erat dengan China. Penandatanganan siri perjanjian kerjasama dan pertukaran dalam kalangan rakyat kedua-dua pihak yang semakin rapat telah menyediakan asas yang kukuh untuk kerjasama secara menyeluruh kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi telah menyediakan peluangan baik untuk kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Al-Muhtadee Billah berkata:

"Ekspo China-ASEAN telah menjadi aktiviti yang sangat penting dalam kelander ASEAN. Sejak tahun 2004, Ekspo China-ASEAN terus berkembang dan sentiasa menyediakan platform pameran untuk pelbagai syarikat yang terbaik di negara-negara ASEAN dan China. Serentak dengan itu, juga telah menyediakan peluang baik kepada para usahawan untuk mengadakan rundingan profesional, bertukar-tukar pengalaman dan pandangan. Saya yakin Ekspo China-ASEAN pasti akan menjadi sebuah platform baik untuk membantu kita bekerjasama dan mencipta masa depan yang lebih cemerlang dan kaya untuk rakyat."

Kini, China dan ASEAN telah saling menjadi rakan perdagangan ke-4 terbesar. Jumlah perdagangan dua hala pada tahun 2006 telah melebihi 160 bilion dolar Amerika. Dijangka jumlah perdagangan dua hala pada tahun ini akan mencapai 190 bilion dolar Amerika. Pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dijalankan dengan lancar. Perjanjian Perdagangan Perkhidmatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah berkuatkuasa sejak bulan Julai tahun ini. Pada masa ini, kedua-dua pihak secara aktif mendorong rundingan mengenai perjanjian pelaburan. Dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan yang diadakan hari ini, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan telah menyampaikan ucapan bahawa kedua-dua pihak China-ASEAN harus terus meningkatkan dialog dalam bidang dasar pelaburan agar menyelesaikan rundingan pernjanjian pelaburan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dengan seawal mungkin. Beliau menyatakan bahawa pelbagai badan berkenaan dari kedua-dua pihak harus meningkatkan penyelarasan, terus memperbaiki iklim pelaburan, secara aktif membentuk platform perkhidmatan, menyokong perusahaan kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi perusahaan kecil dan sederhana untuk mengadakan kerjasama pelaburan. Beliau berkata:

"Sebagai destinasi penting pelaburan perusahaan China, pihak China akan meningkatan pelaburan di negara-negara anggota ASEAN, membentuk beberapa kawasan kerjasama ekonomi dan perdagangan di negara-negara ASEAN, mendorong perusahaan China mengadakan urus niaga di Asia Tenggara dan membawa keuntungan kepada masyarakat tempatan."

Dimaklumkan, setakat penghujung tahun 2006, pelaburan langsung negara-negara anggota ASEAN di China telah mencapai 41.9 bilion dolar Amerika. Pelaburan China di ASEAN juga meningkat secara pesat. Semakin banyak perusahaan China telah memandangkan negara-negara anggota ASEAN sebagai destinasi pelaburan utama dan menjadikan perusahaan negara-negara ASEAN sebagai rakan penting untuk mengadakan kerjasama.

Tema Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 ialah "Inovasi Kerjasama - Mempercepat Pertumbuhan Serantau". Zeng Peiyan dalam ucapannya berkata bahawa pada Julai tahun 2006, China dan negara berkenaan ASEAN telah mengemukakan konsep untuk meningkatkan kerjasama ekonomi Pan-Teluk Beibu. Cadangan dan pelaksanaan konsep tersebut akan berfaedah bagi mewujudkan enjin pertumbuhan ekonomi yang baru di kawasan itu.

"Kedua-dua pihak harus membincangkan masalah berkenaan tentang kerjasama ekonomi Pan-Teluk Beibu, menubuhkan mekanisme penyelarasan kerajaan dan kumpulan pakar untuk bersama-sama mengaji dan menetapkan rancangan kerjasama, meningkatkan pembangunan infrastruktur, memperbaiki sistem dan suasana kelulusan kastam, pemeriksaan dan kuarantin, visa perdagangan dan lain-lain supaya kerjasama sub-rantau menjadi tumpuan baru dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN."

Ucapan Zeng Peiyan tersebut telah mendapat persetujuan para pemimpin negara-negara anggota ASEAN yang menyertai ekspo kali ini. Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 telah menyampaikan ucapan dan menyatakan bahawa Laos berharap agar mempertingkat kerjasama dengan China secara menyeluruh.

"Ditinjau dari sudut kami, kami berusaha untuk mendorong hubungan kerjasama dengan China, termasuk hubungan kerjasama antara kerajaan, badan awam dan swasta, perusahaan swasta dan kerjasama dalam bentuk yang lain.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau berharap agar China dan ASEAN mengakhiri rundingan tentang Kawasan Perdagangan Bebas dan menandatangani perjanjian berkenaan dengan seawal mungkin.

"Dengan sedemikian, kami dapat mendorong perdagangan yang bebas, baik dalam bidang perkhidmatan, maupun dalam bidang pelaburan. Kedua-dua pihak telah membuat janji. Kita bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada pelabur kedua-dua pihak, tetapi juga menjadikan kawasan sendiri sebagai tumpuan pelaburan yang menarik bagi kawasan yang lain."

Dalam tempoh 4 hari akan datang, sebanyak lebih 1900 perusahaan di dalam dan luar negara akan mempamerkan produk mereka dalam Ekspo China-ASEAN. Serentak itu, pemimpin negara, pegawai kanan, wakil perdagangan dan industri, pakar dan sarjana pelbagai negara akan mengadakan banyak aktiviti termasuk syarahan, pertukaran dan dialog. Aktiviti tersebut akan berfaedah bagi kerjasama yang lebih pragmatik dan? berkesan supaya menyediakan daya dinamik yang baru kepada pembangunan serantau.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |