v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zeng Peiyan: China akan Tingkatkan Pelaburan ke Negara-Negara ASEAN
2007-10-28 12:07:29 CRI

Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan hari ini menyatakan bahawa China akan meningkatkan pelaburan ke negara-negara anggota ASEAN.

Zeng Peiyan berkata demikian dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 yang diadakan di Nanning, Guangxi hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pihak China akan meningkatkan pelaburan ke pelbagai negara ASEAN, termasuk menubuhkan beberapa kawasan kerjasama ekonomi dan perdagangan di negara-negara tersebut, menggalakkan perusahaan China menjalankan urus niaga di Asia Tenggara supaya aktif memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. Di samping itu, beliau juga berharap pihak-pihak berkenaan memperbaiki iklim pelaburan, menyediakan perkhidmatan yang memuaskan dan menyokong perusahaan khasnya perusahaan kecil dan sederhana dari China dan ASEAN menjalankan kerjasama dalam bidang pelaburan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |