v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 Diadakan di Nanning
2007-10-28 13:17:56 CRI

Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 telah diadakan di Nanning Guangxi, bahagian selatan China hari ini. Tema sidang kali ini ialah "Inovasi dan Kerjasama – Mempercepat Pertumbuhan Serantau".

Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan dan pemimpin-pemimpin beberapa negara anggota ASEAN telah menghadiri majlis perasmian sidang tersebut.

Dalam majlis perasmian itu, Zeng Peiyang berkata, kini China dan ASEAN saling merupakan rakan dagang yang keempat terbesar antara satu sama lain. Sejak awal tahun ini, perdagangan dua hala berkembang pesat, pelaburan semakin meningkat dan mekanisme kerjasama semakin mantap. Hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala China-ASEAN telah memasuki tahap yang baru. Beliau berharap kedua-dua pihak terus meningkatan pelaburan antara satu sama lain dan meneroka bidang kerjasama yang baru.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Perdana Menteri Laos, Bouasone Bouphavanh juga telah membuat ucapan dalam majlis perasmian itu.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |