v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Eskpo China-ASEAN Ke-4 Penuh Meriah

2007-10-29 17:10:13 CRI

Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning

Eskpo China-ASEAN Ke-4 telah dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi semalam. Selaku sebuah platform yang bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama perdagangan antara China dengan ASEAN, Ekspo China-ASEAN telah menarik semakin ramai pedagang dan pelawat dari dalam dan luar negara. 

Lapangan di luar banguan pusat itu telah dihiasi dengan sebuah model kapal besar yang terdiri daripada lambang negara 10 negara anggota ASEAN oleh pihak pengajur. Ini menandakan bahawa hubungan China-ASEAN semakin erat untuk mencapai pembangunan bersama. Sementara itu, model tersebut juga menunjukkan erti peningkatan kerjasama pelabuhan dalam ekspo kali ini.

Di dalam pusat konvensyen dan pameran tersebut, terdapat ruang pameran 10 negara anggota ASEAN, dewan pameran "City of Charm" dan ruang pameran perusahaan-perusahaan China. Ekspo China-ASEAN tahun ini telah menyediakan 3,400 ruang pameran. Antaranya, ruang pameran daripada 10 negara anggota ASEAN serta kawasan dan negara yang lain telah mencatat 1,131 buah. Jumlah itu telah mencipta rekod baru dalam sejarah ekspo itu.

Dalam ekspo kali ini, Malaysia dan Indonesia masing-masing mempunyai dewan pameran yang tersendiri, manakala Brunei Darussalam dipilih sebagai "negara yang diberi fokus utama" tahun ini. Singapura pula sudah diketahui umum di dunia. Maka, pameran negara-negara ASEAN telah menjadi tumpuan para pengunjung dalam ekspo tahun ini."

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merupakan penyelenggara bagi pameran Malaysia dalam ekspo ini. Di dalam balai pameran Malaysia, kelihatan bendera kebangsaan Malaysia dan lambang MATRADE di mana-mana. Staf-staf MATRADE sibuk melayan pengunjung di samping memberi bantuan kepada pedagang Malaysia yang menyertai ekspo kali ini. Pegawai MATRADE, Wong Lai Sum memberitahu pemberita bahawa ruang pameran Malaysia dalam ekspo kali ini telah mencatat 127 buah, manakala syarikat Malaysia yang menyertai pameran ekspo tahun ini mencapai 119 buah.

"Billangan syarikat yang mempamerkan produk mereka pada tahun ini telah meningkat pada 120. Ini tidak termasuk agensi, kita ada 11 agensi, agensi kerajaan, contohnya Lembaga Gedah, MARA, MIDA, MATRADE, yang lain-lain agensi yang mempunyai urusan dari segi pendidikan tinggi, kesihatan, dari segi juga promosi pelaburan, promosi perdagangan, dan dari segi pembuatan syarikat-syarikat kecil dan sederhana," kata Wong Lai Sum.

Menurut Wong Lai Sum, pameran Malaysia tahun ini memfokuskan sektor pembuatan. Maka pihak Malaysia telah mempamerkan banyak produk berkenaan. Jenis produk yang dipamerkannya menduduki tempat pertama berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

"Bagi tahun ini, fokus yang digunakan adalah dari segi pembuatan khususnya, dan juga meliputi beberapa perkhidmatan, yang contohnya dari segi pembuatan yang Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan, macam dari segi minyak kelapa sawti, perabot dan mesin-mesin di mana syarikat-syarikat China boleh menjadikan rakan kongsi supaya mereka dapat bekerjasama mengadakan usaha sama di luar negara," katanya.

Balai pameran Malaysia telah dibanjiri dengan ramai pelawat. Seorang pedagang Malaysia yang mengurusniagakan produk kesihatan dan makanan, Haji Jamaludin Mat Piah memberitahu wartawan kami bahawa ini merupakan kali pertama bagi beliau menyertai Ekspo China-ASEAN. Kemeriahan pameran ekspo ini adalah di luar jangkaannya. Katanya, produk-produk yang dipamerkannya dalam ekspo kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

"Setakat ini, kita menerima kunjungan yang begitu ramai, sejak daripada pagi lagi. Mereka sangat suka dengan produk-produk yang kita bawa. Setakat ini, boleh dikatakan, 70% untuk membeli sahaja, tetapi ada juga dalam 30% yang untuk menjalinkan hubungan perniagaan. Mereka berminat untuk mengedarkan produk kita di negara China," kata Haji Jamaludin Mat Piah.

Ramai pengunjung telah melawat gerai pameran Haji Jamaludin Mat Piah itu. Puan Nancy dari New York telah membeli teh dari gerai itu. "Pada masa dulu, saya selalu melawat ke Malaysia, maka saya suka akan produk-produk buatan Malaysia. Saya rasa, teh tersebut amat sesuai untuk saya," kata Nancy.

Hampir setiap gerai Malaysia telah dibanjiri dengan pengunjung. Puan Xu Yunjia, staf dari Syarikat WINGSPAN yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk balai pameran Malaysia menyatakan: "Hari ini, terdapat ramai orang telah melawat ke pameran ini. Dijangka bahawa dalam tempoh beberapa hari berikutnya, jumlah pelawat akan terus meningkat. Pameran Malaysia telah menerima kunjungan ramai pelawat China. Mereka suka akan pelbagai produk di gerai Malaysia."

Di sebelah dewan pameran Malaysia, terletak dewan Brunei, Singapura, Filipina dan Kemboja. Brunei telah dipilih sebagai "negara yang diberi fokus utama" dalam ekspo kali ini.

Pegawai Kementerian Industri dan Sumber Ministry of Industry dan Sumber Utama Brunei, Mariani Sabtu telah memperkenalkan tindakan-tindakan mereka untuk menjayakan pameran Brunei kali ini. 

"Kita mempamerkan beberapa persembahan kebudayaan dari Brunei yang mungkin mendapat perhatian daripada pelancong-pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan-kebudayaan Brunei, seperti budaya, perkhawinan dan sebagainya. Di sini kita membawa beberapa pengusaha dan ahli-ahli perniagaan yang ingin mempromosi produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran China dan juga ke pasaran Asia," kata Mariani Sabtu.

Pameran Brunei Darussalam terbahagi kepada 4 bahagian. Terdapat 18 buah perusahaan telah menyertai ekspo tersebut.

Mariani Sabtu memberitahu kami bahawa ini telah merupakan kali ke-3 bagi beliau menyertai ekspo tersebut. Dan setiap kali, beliau akan dapat melihat perkembangan ekspo yang besar. 

"Daripada penyertaan pertama hingga sekarang, kita telah nampak perkembangan-perkembangan yang sangat mengkagumka., Kita nampak pertambahan penyertaan bukan sahaja dari segi bilangan, tetapi juga dari segi sebar luasannya. Kita nampak penyertaan daripada Eropah, daripada Amerika dan sebagainya. Dan bagi kami, ini adalah satu platform yang bagus untuk produk-produk ASEAN dan China untuk memberi publisiti yang meluas," katanya.

Mariani Sabtu juga melahirkan harapannya supaya menjelang tahun 2010, jumlah perdagangan antara Brunei dengan China dapat mencapai 2 bilion dolar Amerika menjelang tahun 2010.

Pameran Singapura yang diadakan di sebelah pameran Brunei juga disertai oleh 16 buah perusahaan yang meliputi bidang pelancongan, pelaburan, hartanah, bahan-bahan pembinaan dan lain-lain.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |