Menurut berita CRI, Perdana Menteri Laos Bouasone Bouphavanh yang sedang menghadiri Eskpo China-ASEAN ke-4 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN semalam menyatakan bahawa Ekspo China-ASEAN akan mengeratkan hubungan China-ASEAN.
Beliau berkata, Ekspo China-ASEAN menyediakan peluang bagi Laos untuk meningkatkan kerjasama dengan China dan negara-negara ASEAN yang lain. Laos akan berusaha untuk memperbaiki iklim pelaburan dan menyediakan syarat yang lebih baik kepada para pelabur. Beliau berharap agar lebih ramai usahawan China melabur di Laos.
|