Seminar Promosi Bisnis Malaysia-China yang dianjurkan oleh MATRADE dan Agensi Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) telah diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China petang ini. Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia, Ng Lip Yong, pegawai kerajaan China dan Malaysia, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Yang Daoxi, wakil-wakil dari provinsi dan bandar yang berkenaan serta wakil kalangan perusahaan dan pihak media China dan luar negara seramai kira-kira 150 orang telah menyertai seminar tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia, Ng Lip Yong memberi ucapan dalam seminar.
Encik Yang Daoxi dan Ng Lip Yong masing-masing menyampaikan ucapan dalam seminar itu. Encik Ng Lip Yong menegaskan, pertukaran perdagangan Malaysia dengan China tidak hanya dihadkan dalam bidang perdagangan langsung, kerana Malaysia boleh memainkan peranan pengantara perdagangan China dengan negara lain, terutamanya negara-negara Timur Tengah. Standard pengeluaran makanan halal Malaysia telah diiktiraf oleh dunia Islam. Jika China ingin membuka pasaran di Timur Tengah, Malaysia dapat menjadi pengantara yang paling sesuai.
Seterusnya, Konsul Urusan Perniagaan Konsulat Awam Malaysia ke Guangzhou, Puan Roslina Long, Konsul Pelaburan Konsulat Awam Malaysia ke Shanghai, Encik Lee Yong Ming dan Ketua Pengurus Pembangunan Bisnis Pelabuh Zon Bebas Pelabuhan Klang, Chia Kon Leong masing-masing menyampaikan ucapan tentang pelaburan di Malaysia dan keadaan di pelabuhan Klang.
Dimaklumkan, pada tahun 2006, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia telah mencapai 37.1 bilion dolar Amerika. Sekarang, Malaysia telah menjadi rakan perniagaan ke-8 terbesar bagi China, manakala China merupakan rakan perniagaan ke-4 terbesar bagi Malaysia.
|