v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Fokus Utama dalam Ekspo China-ASEAN Ke-4 Menarik Perhatian Orang Ramai

2007-10-30 17:07:08 CRI

Ekspo China-ASEAN Ke-4 sedang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Pertukaran dan kerjasama pelabuhan China-ASEAN serta aktiviti promosi Brunei Darussalam, iaitu "Negara yang Diberi Fokus Utama" telah menjadi tema utama dan menarik perhatian orang ramai dalam Ekspo China-ASEAN kali ini.

Seiring dengan perkembangan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Besas China-ASEAN, terutamanya penandatanganan "Perjanjian Dagangan Kargo" oleh kedua-dua pihak pada tahun 2006, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara ASEAN telah meningkat setahun demi setahun dan telah mencatat 160 bilion 840 juta dolar Amerika pada tahun lalu. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak dijangka akan mencecah 190 bilion dolar Amerika pada tahun ini. Oleh hal yang sedemikian, kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN dalam bidang pelabuhan telah menjadi satu perkara yang amat penting kerana kebanyakan kargo dalam perdagangan antara kedua-dua pihak dihantar melalui pengangkutan laut.

Sebagai salah satu aktiviti penting dalam Ekspo China-ASEAN kali ini, Forum Pembangunan dan Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN telah diadakan pada 28 Oktober lalu. Menteri-menteri pengangkutan, datuk-datuk bandar pelabuhan dari China dan negara-negara ASEAN serta pegawai-pegawai syarikat pelabuhan dan logistik yang terkemuka dan sarjana-sarjana berkenaan dari pelbagai negara telah menghadiri forum tersebut. Mereka telah mengadakan perbincangan tentang pembangunan sektor pengangkutan laut antarabangsa yang memangkin kerjasama pelabuhan dan sektor logistik serantau, strategi pembangunan serta pembiayaan dan pelaburan bagi pelabuhan dan bandar pelabuhan, dan lain-lain.

Presiden Persatuan Pelabuhan Antarabangsa yang juga Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA), Datin Paduka O. C. Phang telah menghadiri forum tersbut. Semasa diwawancara, beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa peningkatan kerjasama dalam bidang pengangkutan dan pelabuhan amat penting. Sebanyak 90% kargo di rantau ini disalurkan melalui pelabuhan kerana pengangkutan laut lebih murah daripada cara yang lain. Maka, peningkatan kerjasama pelabuhan antara pelbagai negara akan mendorong pertukaran ekonomi dan perdagangan China-ASEAN dan memangkin perkembangan ekonomi serantau."

Isu kerjasama pelabuhan juga telah ditumpu perhatian oleh kerajaan China dan pelbagai negara ASEAN. Dalam forum tersebut, Menteri-menteri Pengangkutan dari China dan negara-negara ASEAN telah meluahkan hasrat untuk meningkatkan taraf kerjasama antara pelbagai pihak supaya merancakkan lagi perdagangan, terutamanya perdagangan kargo di rantau ini.
Menteri Perhubungan Brunei, Pehin Abu Bakar Apong telah mengetuai delegasi Brunei untuk menghadiri Forum Pembangunan dan Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN tersebut. Semasa menyampaikan ucapan dalam forum itu, beliau menyatakan bahawa sejak Mesyuarat Pengangkutan ASEAN-China yang pertama diadakan di Yangon pada Oktober 2003, ASEAN dan China telah aktif mengadakan kerjasama dalam bidang pengangkutan melalui pelbagai projek dan aktiviti yang melibatkan sektor pelabuhan, perkapalan, latihan mencari dan menyelamat dan sebagainya. Beliau menambah bahawa Brunei bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak China dalam bidang pengangkutan.

Semasa diwawancara oleh wartawan CRI, beliau berkata: "Di dalam bidang pelabuhan, kita mengalu-alukan penyertaan daripada China untuk melabur di negara Brunei Darussalam, dan juga untuk mempertingkatkan perdagangan antara kedua buah negara. Pada masa ini, perhubungan hanya melalui Shanghai dan Hong Kong, tetapi selepas terbukanya pelabuhan di Guangxi, jadi kapal-kapal perdagangan boleh memulakan perdagangan mereka dari sini ke Brunei."

Forum Pembangunan dan Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN telah ditutup di Nanning semalam selepas meluluskan Kenyataan Bersama Pembangunanan Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN. Dalam kenyataan bersama itu dinyatakan bahawa pengangkutan laut merupakan saluran penting bagi pengangkutan kargo dan penumpang antara China dengan pelbagai negara anggota ASEAN, maka peningkatan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pelabuhan berfaedah bagi memperdalam kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pengangkutan dan selaras dengan perkembangan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN dan juga berfaedah bagi mendorong penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Selain itu, para peserta forum itu juga telah mencapai kata sepakat untuk menetapkan "Perancangan Strategi Kerjasama Pengangkutan China-ASEAN" dan membentuk mekanisme penyelarasan pelabuhan China-ASEAN dengan seawal mungkin.
Demi menunjukkan kerjasama pelabuhan sebagai tema utama dalam ekspo kali ini, semua bandar yang dipilih sebagai "City of Charm" dalam ekspo kali ini ialah bandar pelabuhan dari China dan negara-negara ASEAN. Sebelas buah bandar tersebut ialah Tianjin China, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, Sihanoukville Kemboja, Palembang Indonesia, Savannakhet Laos, Klang Malaysia, Yangon Myanmar, Teluk Subic Filipina, bandar Singapura, Singapura, Chon Buri Thailand dan Ha Long Vietnam.

Di ruang pameran "City of Charm" Malaysia, pihak Pelabuhan Klang telah menyediakan maklumat-maklumat mengenai Pelabuhan Klang untuk para pengunjung termasuk lokasi, infrastruktur, rancangan pada masa depan dan lain-lain. Ketua Pengurus Syarikat Pelabuhan Klang, Encik Chia Kon Leong berkata: "Klang merupakan salah sebuah pelabuhan yang berjaya dapat bekerjasama dengan pelabuhan-pelabuhan di rantau ASEAN dan dengan pelabuhan-pelabuhan di negeri China. Pelabuhan merupakan satu komponen yang amat penting untuk menjayakan keberkesanan integrasi logistik dan pengurusan rangkaian sokongan."

Dalam Ekspo China-ASEAN kali ini, sebanyak 18 buah perusahaan dari Brunei telah menyertai pameran, antaranya melibatkan sektor pelancongan, makanan, pendidikan, kraftangan dan teknologi maklumat. Sebagai "Negara yang Diberi Fokus Utama", Brunei juga telah mengadakan Seminar Perniagaan dan Pelaburan dalam ekspo kali ini untuk memperkenalkan keadaan Brunei mengenai struktur industri, iklim pelaburan, sumber pelancongan dan pembinaan pelabuhan.

Di ruang pameran Brunei, ramai pedagang dan pengunjung China telah tertarik oleh kraftangan yang cantik dan makanan yang unik. Wakil-wakil perusahaan Brunei pula sibuk melayan para pelawat.

Pengurus Syarikat Makanan Zainab Utama Brunei, Puan Mazrina Yussof memberitahun wartawan kami bahawa ini merupakan kali kedua beliau menyertai Ekspo China-ASEAN.

"Pada tahun 2006, saya datang ke sini. Saya tengok bagus juga caranya. Jadi saya ikut lagi dalam tahun ini untuk mencuba macam mana saya boleh jual produk saya masuk ke pasaran China."

Selain itu, Universiti Brunei dan pelbagai badan pendidikan yang lain dari Brunei juga telah membuat pameran dalam ekspo kali ini dan berharap agar mencari rakan kerjasama di China dan negara-negara ASEAN yang lain.

Dr. Pengiran Rahmah dari Perkhidmatan Pendidikan LEAPS Brunei memberitahu wartawan kami bahawa: "Tujuan saya datang ke Nanning adalah untuk mempromosikan Brunei Darussalam dari segi pendidikan, terutama sekali pendidikan individu. Kita mengharapkan supaya mendapat rakan kerjasama, dan saya sangat gembira untuk membantu kepada kerjasama antara kedua-dua negara."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |