Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekiatr Negara China, Zhang Lijun telah menyatakan baru-baru ini bahawa China akan meningkatkan kawalan terhadap keadaan pelepasan pencemaran dari perusahaan pengeksport.
Zhang Lijun mendedahkan bahawa jabatan perlindungan alam sekitar akan menubuhkan pusat maklumat tentang catatan pelanggaran undang-undang alam sekitar yang dilakukan oleh perusahaan pengeksport, mengeratkan komunikasi maklumat dengan jabatan perniagaan dan meningkatkan kawalan terhadap keadaan pelepasan pencemaran dari perusahaan pengeksport.
Tambah beliau, tindakan tersebut bukan sahaja berfaedah bagi pewujudan matlamat pengurangan pencemaran, tetapi juga berfaedah bagi mengubah kaedah pertumbuhan perdagangan luar dan menggalakkan perkembangan perdagangan secara seimbang.
|