Eskpo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 telah ditutup di bandar Nanning, bahagian barat daya China semalam. Dengan usaha bersama China dan pelbagai negara anggota ASEAN, ekspo dan sidang kemuncak kali ini telah berjaya mencapai hasil yang diinginkan. Para peserta juga telah menilai tinggi ekspo dan sidang kemuncak kali ini.
Naib Ketua Pengarah merangkap Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Ekspo China-ASEAN yang juga Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Encik Li Jinzao menyatakan bahawa ekspo dan sidang kemuncak kali ini telah mencapai kejayaan besar. Beliau berkata:
"Ekspo dan sidang kemuncak kali ini telah mencapai kemajuan dari segi hasil ekonomi dan perdagangan, taraf penyelenggaraan pameran dan pengaruhnya, dan telah secara pragmatik mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan antaran China dengan ASEAN."
Dimaklumkan, dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN kali ini, kerajaan dan jabatan berkenaan pelbagai negara telah mengadakan siri forum dan mencapai kata sepakat yang meluas.. Pegawai kanan peringkat menteri dari China dan pelbagai negara anggota ASEAN telah menghadiri pelbagai forum China-ASEAN mengenai pelabuhan, perhutanan, pemeriksaan kualiti, pembasmian kemiskinan dan lain-lain, dan berturut-turut mengeluarkan "Persepakatan Nanning" mengenai peningkatan kerjasama pelabuhan China-ASEAN, "Perisytiharan Bersama Nanning" mengenai kerjasama pemeriksaan kualiti dan "Inisiatif Nanning" mengenai kerjasama pembasmian kemiskinan.
Skala Ekspo China-ASEAN kali ini terus meningkat. Berdasarkan statistik terkini yang diumumkan dalam sidang akhbar selepas ekspo dan sidang kemuncak ditutup, terdapat lebih 1900 buah perusahaan, kira-kira 8300 orang peniaga dan kira-kita 35000 orang pengunjung profesional telah menyertai ekspo kali ini, jumlah tersebut meningkat secara besar-besar berbanding dengan Ekspo China-ASEAN Ke-3 yang diadakan tahun lalu.
Setakat pukul empat petang semalam, jumlah keseluruhan perdagangan ekspo kali ini telah mencapai 1.42 bilion dolar Amerika, meningkat 12% berbanding ekspo yang lalu. Terdapat 182 buah projek kerjasama ekonomi antarabangsa telah ditandatangani, jumlah pelaburannya mencapai 6 bilion 154 juta dolar Amerika, meningkat 5.3% berbanding ekspo yang lalu. Kontrak yang bernilai lebih 100 juta dolar Amerika juga buat kali pertama ditandatangani dalam Ekspo China-ASEAN, iaitu kontrak pengeksportan beras Thailand ke Shenzheng yang bernilai 110 juta dolar Amerika.
Para wakil dari negara luar juga telah menyanjung tinggi kejayaan ekspo dan sidang kemuncak kali ini. Menteri Perdagangan Kemboja Cham Prasidh berkata:
"Ekspo kali ini diselenggarakan lebih baik daripada ekspo yang lalu, banyak perusahaan, lebih-lebih lagi perusahaan dari ASEAN telah menyertai ekspo kali ini. Antaranya terdapat 60 buah ruang pameran untuk Kemboja, jumlah ini juga lebih banyak berbanding ekspo yang lalu. Prospek kerjasama Kemboja-China menjadi semakin cerah. Ekspo China-ASEAN merupakan sebuah jambatan yang menyambungkan rakyat kedua-dua negara Kemboja dan China dan telah menyediakan peluang agar lebih ramai orang dapat mengenali Kemboja dan lebih banyak barangan perdagangan dapat memasuki Kemboja."
Naib Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Nicholas Tandi Dammen juga menyatakan bahawa:
"Ekspo kali ini merupakan aktiviti pertukaran dalam bidang perniagaan yang penting antaran China dengan ASEAN pada tahun ini. Selain peningkatan jumlah perdagangan dan pelaburan, pertukaran dan persefahamanan antara rakyat juga ditingkatkan secara ketara. Ekspo kali ini telah mecapai hasil yang cemerlang. Pertama, jumlah peserta pameran kali ini meningkat secara ketara. Kedua, dua forum mengenai pembangunan pelabuhan dan keselematan makanan telah diutamakan dalam ekspo kali ini. Ketiga, ekspo kali ini telah memainkan peranan penting bagi medorong pembangunan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN."
Dimaklumkan, Ekspo China-ASEAN Ke-5 akan diadakan di Nanning pada 20 hingga 23 Oktober tahun depan. Jumlah ruang pameran akan terus ditingkatkan. Selain tema-tema dalam ekspo kali ini, Ekspo China-ASEAN Ke-5 juga mempertimbangkan untuk menetapkan kerjasama sektor maklumat elektronik sebagai tema penting, dan akan mengadakan forum serta pelbagai aktiviti berkenaan.
|