Menurut berita CRI, Agensi Berita Xinhua China iaitu agensi berita rasmi China hari ini menerbitkan rencana yang menujukkan bahawa pemimpin China generasi kedua yang diketuai oleh Deng Xiaoping merupakan pencipta dasar pembaharuan dan buka pintu China.
Laporan dalam Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China menyatakan bahawa usaha pembaharuan dan buka pintu China dicipta oleh pemimpin genetasi kedua yang diketuai oleh Deng Xiaoping. Sehubungan dengan itu, Agensi Berita Xinhua China menjelaskan bahawa dasar pembaharuan dan buka pintu telah memulakan usaha pembangunan sosialisme yang bercirikan China dan menentukan teori Deng Xiaoping dan garisan asas Parti Komunis China pada peringkat awal pembangunan sosialisme. Kesemua ini telah menunjukkan bahawa pemimpin generasi kedua yang diketuai oleh Deng Xiaoping bukan sahaja merupakan pencipta usaha pembaharuan dan buka pintu China, tetapi juga merupakan penaja teori pembangunan sosialisme yang bercirikan China dan garisan asas Parti Komunis China pada peringkat awal pembangunan sosialisme.
|