Menurut berita CRI, Forum Pembangunan Ekonomi Bukan Milik Negara China 2007 telah diadakan di bandar Chongqing, barat China semalam.
Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Jawatankuasa Bandar Chongqing Parti Komunis China, Wang Yang dalam upacara perasmian forum tersebut telah menyampaikan ucapan bahawa melalui perkembangan selama 30 tahun, ekonomi bukan milik negara telah menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi sosialisme China dan berkembang pesat pada masa ini.
Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Puan Ou Xinqian dalam forum itu menyatakan bahawa kerajaan China akan terus menyempurnakan undang-undang mengenai ekonomi bukan milik negara dalam pemungutan cukai, pembiayaan dan sebagainya serta menghapuskan halangan dalam pembangunan ekonomi bukan milik negara.
|