Agensi Berita Xinhua China hari ini menerbitkan rencana bahawa "10 gabungan" merupakan pengalaman yang berharga bagi China membasmi kemiskinan, mempercepat proses modenisasi serta memperkukuh dan membangunkan sosialisme.
Rencana tersebut berbunyi, laporan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China mengemukakan bahawa "10 gabungan" antaranya termasuk menggabungkan sistem baru ekonomi pasaran sosialisme dengan sistem asas sosialisme merupakan pengalaman yang berharga bagi China membasmi kemiskinan, mempercepat proses modenisasi dan membangunkan sosialisme.
Menurut rencana tersebut, pengalaman "10 gabungan" itu mencerminkan bahawa Parti Komunis China merupakan sebuah parti yang pandai memikir dari segi teori dan mengumpulkan pengalaman.
|