Agensi Berita Xinhua China hari ini menerbitkan rencana bahawa pada masa ini di China, berpegang teguh pada pembangunan sosialisme yang bercirikan China adalah untuk mempertahankan sosialisme.
Rencana tersebut berbunyi, laporan Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China telah mengemukakan bahawa pada masa ini di China, berpegang teguh pada pembangunan sosialisme yang bercirikan China bererti mempertahankan sosialisme. Kenyataan saintifik tersebut dikemukakan sebagai salah satu sebab asas bagi China mencapai pelbagai hasil dan kemajuan sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan.
Menurut rencana tersebut, pembangunan sosialisme yang bercirikan China merupakan satu-satunya pendekatan bagi rakyat China membasmi kemiskinan, mewujudkan kehidupan yang lebih baik, memperkaya negara, membangkitkan bangsa China dan membangunkan masyarakat yang harmoni.
|