Provinsi Yunnan terletak di barat daya China. Terdapat 25 etnik minoriti tinggal menetap di sana. Oleh itu provinsi Yunnan mempunyai kebudayaan etnik-etnik yang mempunyai keistimewaan. Perlindungan dan pengembangan kebudayaan etnik-etnik telah diberi keutamaan di provinsi Yunnan dalam masa jangka panjang dan telah mencapai kesan yang positif.
Naib Pengarah Pusat Perlindungan Warisan Budaya Bukan Benda Provisni Yunnan China Encik Ni Jinkui berkata bahawa persembahan kesenian nyanyian dan tarian etnik minoriti ini telah memperlihatkan hasil yang penting dalam perlindungan kebudayaan etnik-etnik di provinsi Yunnan. Pembangunan industri kebudayaan etnik-etnik telah ditingkatkan secara positif di porvinsi Yunnan semasa perlindungan kebudayaan etnik-etnik dilaksanakan di sana.
Beliau berkata bahawa demi mengesani sumber budaya etnik-etnik, mewarisi, melindungi dan meningkatkan kebudayaan etnik-etnik, kerajaan provinsi Yunnan telah mengeluarkan beberapa siri dasar perlindungan kebudayaan etnik-etnik. Misalnya, kerajaan provinsi Yunnan telah menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Kebudayaan Tradisional Kalangan Rakyat Etnik-Etnik Provinsi Yunnan pada bulan Mei tahun 2000. Ini merupakan peraturan peringkat provinsi pertama dalam bidang perlindungan kebudayaan tradisional etnik-etnik China. Dengan demikian perlindungan warisan budaya etnik-etnik provinsi Yunnan telah dilaksanakan di sisi undang-undang.
Lijiang merupakan sebuah kota purba yang bersejarah selama lebih 800 tahun. Kerajaan pelbagai peringkat dan pelbagai lapisan masyarakat telah memperuntukkan kira-kira 500 juta yuan RMB untuk diguna dalam melindaungi dan menguruskan kota purba ini, sejak ia dicatatkan dalam senarai warisan dunia pada tahun 1997 antaranya kira-kira 300 juta yuan RMB digunakan secara langsung untuk membaik pulih kota purba ini. Pengarah Jabatan Pengurusan Perlindungan Kota Purba Lijiang Encik He Shiyong berkata bahawa terlebih dahulu kami melaksanakan dasar perlindungan terhadap kota purba, manakala pengembangan dan penggunaan sumber kota purba mesti mematuhi dasar perlindungan. Pakar PBB berpendapat bahawa usaha perlindungan warisan budaya dan industri pelancongan di Lijiang telah meningkat secara selaras dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Demi meningkatkan pembangunan industri kebudayaan etnik-etnik, kerajaan provinsi Yunnan menggalakkan secara positif kumpulan perusahaan kebudayaan menarik modal pelbagai lapisan khususnya modal kalangan rakyat. Syarikat Yingxiang, Syarikat Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan Bailian Heshun, Media Fengchi dan perusahaan budaya swasta yang lain telah memainkan peranan yang penting dalam bidang kebudayaan provinsi Yunnan China sejak tahun 2003.
|