Agensi Berita Xinhua China hari ini telah menerbitkan rencana yang menegaskan bahawa penyelarasan menyeluruh merupakan asas bagi konsep pembangunan saintifik.
Dalam rencana tersebut ditegaskan bahawa penyelarasan menyeluruh merupakan pengalaman yang amat bernilai bagi Parti Komunis China (PKC). Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa ke-16 Parti Komunis China telah mengemukakan fikiran "lima pertimbangan", iaitu penyelarasan pembangunan antara bandar dengan desa, penyelarasan pembangunan antara pelbagai kawasan, penyelarasan pembangunan sosioekonomi, penyelarasan pembangunan antara manusia dengan alam dan penyelarasan antara pembangunan dalam negeri dengan buka pintu. Dalam laporan yang dikemukakan dalam Kongres Kebangsaan ke-17 Parti Komunis China telah ditegaskan bahawa China akan meningkatkan penyelarasan menyeluruh antara kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan, penyelarasan antara individu dengan kumpulan, penyelarasan kepentingan antara sebahagian dengan keseluruhan, penyelarasan antara kepentingan pada masa sekarang dengan kepentingan jangka masa panjang serta penyelarasan antara dalam negeri dengan luar negara.
|