Provinsi Hebei China berusaha mengembangkan ekonomi kitar semula yang berorientasikan Taman Industri Caofeidian berdasarkan konsep tentang penubuhan kawasan contoh pembangaunan saintifik dalam tahun-tahun kebelakangan ini, meningkatkan secara besar-besaran industri pelabuhan, logistik, besi dan keluli, petrokimia dan permesinan.
Kumpulan Shougang Beijing, salah satu perusahaan pengeluaran besi dan keluli yang terbesar di China. Kerajaan China pada tahun 2005 telah mengesahkan cadangan pemindahan Kumpulan Shougang ke kawasan Taman Induistri Caofeidian bandar Tangshan provinsi Hebei yang terletak sejauh lebih 220 kilometer dari Beijing.
Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan provinsi Heibei Encik Cui Huabin berkata bahawa Caofeidian merupakan satu-satunya pelabuhan besar semula jadi air dalam besar tidak perlu digali, kapal yang seberat 400 ribu tan boleh berlayar secara langsung masuk ke pelabuhan itu dengan tidak menunggahkan kargonya terlebih dahulu. Sebagai bahagian yang penting dari cadangan pemindahan Kumpulan Shougang Beijing, projek fasa pertama kilang pengeluaran besi dan keluli Jingtang kumpulan Shougang Beijing sedang sibuk dibangunkan pada masa sekarang itu dan djangka akan selesai dibina pada Oktober tahun 2008.
Encik Xu Jianhua berkata bahawa kadar penggunaan air dikitar semula kilang kami mencatat 97.5%, gas buangan akan dugunakan semula untuk menjanakan elektrik, sisa pelaburan besi dan keluli boleh digunakan untuk mengeluarkan bahan binaan, air laut yang menganungi garam tinggi yang dieluarkan oleh kilang penawaran air laut akan digunakan sebagai bahan mentah bagi menghasilkan garam, pelepasan bahan buangan kilang kami tidak akan mengakibatkan pencemaran. Encik Wang Zhongmin berkata bahawa kami telah menandatangani kontrak dengan kilang pengeluaran besi dan keluli Jingtang, kami akan menyediakan perkhidmatan pelabuhan kepada kilang itu. Kilang itu akan mengangkut gali-galian melalui pelabuhan ini bermula pada Jun tahun 2008.
Selain dermaga gali-galian, dermaga minyak mentah dan dermaga arang batu pelabuhan Caofeidian juga sedang sibuk dibangunkan. Pelabuhan Caofeidian akan dibangunkan sebagai sebuah pelabuahan antarabangsa sintifik dengan jumlah pemunggahan dan pemuatan kargo purata setiap tahun mencatat lebih 500 juta tan selepas pelabuhan itu selesai dibangunkan secara menyeluruh. Pembangunan infrastruktur telah dilaksanakan dengan pesat di kawasan perindustrian Caofeidian pada masa sekarang. Sejumlah kira-kira 100 juta yuan RMB akan dilaburkan ke sana purata setiap hari.
|