Perdana Menteri China Wen Jiabao akan bertolak ke Singapura pada 18 November nanti untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu dan menghadiri siri persidangan pemimpin Asia Timur. Pihak rasmi China menyatakan baru-baru ini bahawa lawatan Wen Jiabao tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama rantau Asia Timur dan mendorong pembangunan negara-negara Asia Timur secara harmoni, bersama dan berterusan. Beliau akan mengemukakan cadangan baru mengenai peningkatan kerjasama China-ASEAN. Berikut ialah laporan terperinci tentang hal itu.
Dalam tempoh siri persidangan pemimpin Asia Timur, Perdana Meneri China Wen Jiabao akan menghadiri empat persidangan iaitu Sidang Kemuncak ASEAN+3 ke-11, Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-11, Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea ke-8 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3. Penolong Menteri Luar China He Yafei telah mengadakan sidang akhbar mengenai lawatan tersebut dan menjelaskan tujuan lawatan Wen Jiabao dan harapan pihak China terhadap siri persidangan itu. Beliau berkata: "Perdana Menteri Wen Jiabao akan menghadiri siri persidangan pemimpin Asia Timur bertujuan untuk meningkatkan lagi saling persefahaman dan kepercayaan politik antara China dengan negara-negara jirannya serta meningkatkan kerjasama Asia Timur. China mengekalkan dasar yang meningkatkan persahabatan dengan negara jiran, mendorong kerjasama serantau, meningkatkan kepentingan bersama dan mewujudkan pembangunan bersama. Oleh itu, kami berharap agar siri persidangan pemimpin Asia Timur itu dapat mencapai kecemerlangan."
Sama dengan masa yang lalu, pemimpin pelbagai negara yang menghadiri persidangan itu turut akan mengadakan siri rundingan dua hala selain persdiangan itu. Antaranya, sama ada pemimpin China dan Jepun akan mengadakan pertemuan pertama atau tidak menjadi perhatian orang ramai. Selepas Yasuo Fukuda menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun pada bulan lalu, pemimpin kedua-dua pihak China dan Jepun masih belum mengadakan pertemuan. He Yafei memaklumkan: "Perdana Menteri Jepun dan Perdana Menteri China akan mengadakan pertemuan, kini kedua-dua pihak sedang mengatur perkara itu. Sekiranya kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertumuan, dipercayaki bahawa mereka akan mengadakan perbincangan tentang cara untuk meningkatkan hubungan strategik yang saling menguntungkan antara China dengan Jepun dan beberapa isu yang menjadi perhatian bersama kedua-dua pihak. Pertemuan itu akan memainkan peranan pendorong bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara."
Satu lagi fokus yang lain ialah apakah penilaian Perdana Menteri China terhadap peranan ASEAN dalam kerjasama serantau sempena ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN? Dalam sidang akhbar tersebut, He Yafei kerap kali menyatakan bahawa ASEAN merupakan tunggak utama untuk mendorong kestabilan dan pembangunan serantau. Beliau berkata: "Dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN, Perdana Menteri Wen Jiabao akan menengaskan bahawa pihak China akan terus menyokong proses integrasi ASEAN dan peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau."
Menyentuh lawatan Wen Jiabao ke Singapura itu. He Yafei berkata: "Tujuan lawatan Perdana Menteri ke Singapura ialah terus mendorong kerjasama persahabatan dan saling menguntukan China-Singapura. Kami percaya bahawa lawatan itu tentu akan memainkan peranan penting bagi mendorong perkembangan hubungan kerjasama kedua-dua negara itu."
|