v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sasaran untuk Mempopularkan Pendidikan Wajib Selama 9 Tahun dan Membasmi Buta Huruf Golongan Pemuda dan Pertengahan di Bahagian Barat China Telah Dicapai
2007-11-16 15:24:06 Harian Renmin Ribao

Menurut akhbar Renminribao China, Ahli Dewan Negara China, Chen Zhili semalam di Beijing menyatakan bahawa sasaran untuk mempopularkan pendidikan wajib selama 9 tahun dan membasmi buta huruf dalam golongan pemuda dan pertengahan di bahagian barat China telah dicapai menurut jadual asalnya.

Puan Chen Zhili berkata, bahagian barat China telah meningkatkan usaha untuk mempopularkan pendidikan wajib selama 9 tahun dan membasmi buta huruf pemuda bemula pada tahun 2004. Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sejumlah 10 bilion yuan RMB untuk melaksanakan projek pembinaan sekolah berasrama di desa agar menyelesaikan masalah pelajar dari kawasan terpencil di desa susah mengikuti pelajaran di sekolah. Bermula pada tahun 2006, kerajaan China telah membatalkan semua belanja pembelajaran terhadap pelajar di kawasan desa bahagian barat China. Bermula pada musim gugur tahun ini, kerajaan akan menyediakan buku teks yang percuma kepada semua pelajar di kawasan barat China serta subsidi kepada sesetengah pelajar di sekolah berasrama.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |