v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lee Kuan Yew: Singapura Perlu Kekalkan Hubungan Rapat dengan China
2007-11-17 14:47:45 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang mengadakan lawatan di China semalam di Beijing menyatakan bahawa China sedang mengalami perubahan yang sangat besar. Singapura perlu mengekalkan hubungan rapat dengan China dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk kepentingan asas kedua-dua pihak.

Beliau menyatakan demikian semasa menemui Ahli Dewan Negara China Tang Jiaxuan.

Tang Jiaxuan menyanjung tinggi sumbangan luar biasa Lee Kuan Yew dalam mendorong penjalinan dan pengembangan hubungan China-Singapura. Beliau menyatakan, hubungan China-Singapura kini berkembang dengan cepat, mantap dan matang. China bersedia berusaha bersama-sama dengan pihak Singapura, meningkatkan pertukaran dan kerjasama serta menggunakan kelebihan yang saling melengkapi untuk mempereat persahabatan dan kerjasama saling menguntungkan kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |