v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Melawat ke Singapura
2007-11-18 14:17:27 CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah berlepas dari Beijing ke Singapura dengan menaiki pesawat khas pada pagi ini untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara tersebut dan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea Ke-11, Sidang Kemuncak China-ASEAN Ke-11, Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3 serta Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea Ke-8 yang akan diadakan di negara itu.

Sebelum ini, Kementerian Luar China menyatakan bahawa tujuan utama lawatan Perdana Menteri Wen Jiabao ke Singapura kali ini adalah untuk terus mendorong perkembangan hubungan persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara. Manakala tujuan kehadiran beliau dalam siri sidang kemuncak Asia Timur tersebut adalah untuk terus meningkatkan persefamahan dan kepercayaan politik antara China dengan pelbagai negara jiran, mempererat kerjasama rantau Asia Timur, mendorong pembangunan bersama yang harmoni dan berterusan negara-negara Asia Timur.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |