v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lee Hsien Loong Seru Peningkatan Kerjasama antara Kalangan Perniagaan dan Kerajaan ASEAN
2007-11-18 15:59:20 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam menyeru agar kalangan perniagaan dan kerajaan ASEAN terus meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Beliau menyatakan bahawa hubungan rakan antara kedua-dua pihak itu akan merapatkan lagi hubungan antara pelbagai negara ASEAN dan berfaedah bagi meningkatkan daya pembangunan dan membolehkan ASEAN menjadi penjana utama bagi pertumbuhan ekonomi Asia.

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN telah diadakan di Singapura semalam bagi membuat persiapan kepada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan tidak berapa lama nanti. Semasa menyampaikan ucapan dalam sidang kemuncak itu, Lee Hsien Loong menyatakan bahawa ekonomi Asia Timur sedang mengekalkan trend perkembangan yang amat baik dan hubungan antara pelbagai negara di rantau ini telah menjadi semakin erat berikutan dengan penandatanganan pelbagai perjanjian perdagangan bebas. Selain itu, rangkaian pengeluaran transnasional sedang dibentuk di rantau ini. Perkara ini berfaedah bagi mempelbagaikan rangkaian pembekalan dan memainkan sepenuhnya kelebihan negera-negara berkenaan.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |