Menurut berita CRI, siri Persidangan pemimpin Asia Timur termasuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13, Sidang Pemimpin ASEAN+3 Ke-11, Sidang Pemimpin ASEAN+1 Ke-11 dan Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3 mula diadakan di Singapura hari ini. Tema siri persidangan kali ini ialah "Satu ASEAN di Pusat Asia yang Dinamik". Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan menyertai sidang yang berkaitan.
Profesor Madya daripda Instittut Hubungan Antarabangsa Moden China, Zhang Xuegang ketika menerima wawancara telah berkata bahawa siri persidangan kali ini akan memfokuskan perkara dalam 3 aspek.
"Persidangan pemimpin Asia Timur kali ini akan meningkatkan dialog antara pemimpin pelbagai negara mengenai politik, strategi dan keselamatan. Selain itu, persidangan kali ini akan memfokuskan masalah utama dalam kerjasama di kawasan Asia Timur sekarang seperti pemanasan global, pengurangan pelepasan gas rumah hijau, perlindungan alam sekitar, perlindingan ekologi dan lain-lain. Persidangan ini juga akan mendorong pertukaran antara pelbagai negara, menggunakan platform pelbagai hala untuk membolehkan pelbagai negara agar meningkatkan kerjasama dua hala."
Sama ada Piagam ASEAN dapat ditandatangani atau tidak juga merupakan salah satu masalah utama yang paling diberi perhatian dalam persidangan pemimpin Asia Timur kali ini. ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 tidak mempunyai sebuah dokumen undang-undang yang tetap, maka pembangunan ASEAN telah terhad. Menghadapi cabaran baru pada abad ke 21 dan memainkan peranan yang lebih aktif dan penting dalam arena antarabangsa untuk mewujudkan "satu persekutuan" telah merupakan tugas yang mendesak dan sukar bagi negara-negara ASEAN. Jika Piagam ASEAN dapat ditandatangani dalam persidangan kali ini, ini bermakna bahawa ASEAN akan menjadi sebuah pertubuhan yang mempunyai ikatan undang-undang.
Zhang Xuegang berpendapat bahawa Piagam ASEAN berkemungkinan besar akan ditandatangani dalam persidangan kali ini. Beliau berkata:
"Saya berpendapat bahawa kemungkinan bagi Piagam ASEAN ditandatangani adalah amat besar. Penandatangan Piagam ASEAN adalah bermanfaat bagi mendorong integrasi ASEAN, meningkatkan penyelarasan dalam ASEAN dan mendorong kerjasama China-ASEAN secara berterusan. Ini merupakan perkara penting dalam kerjasama Asia Timur."
Selain itu, Sidang Kemuncak Asia Timur kali ini mempunyai keistimewaan, iaitu menetapkan topik perbincangan yang konkrit. Topik utama tahun ini ialah pemanasan global. Ketika menyebut hal tersebut, Zhang Xuegang menyatakan:
"Ini menandakan bahawa kerjasama Asia Timur sedang berkembang ke arah yang lebih konkrit dan juga mencerminkan bahawa pelbagai negara telah mencapai kata sepakat tentang masalah alam sekitar dan mempunyai hasrat kerjasama yang kuat. Ini amat bermakna bagi pembangunan ekonomi kawasan Asia Timur."
Siri persidangan pemimpin Asia Timur telah menyediakan platform kepada pemimpin-pemimpin negara peserta untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama. Negara-negara berkenaan telah menaruhkan harapan yang tinggi bagi siri persidangan kali ini. Zhang Xuegang menyatakan bahawa sidang kali ini amat penting untuk mendorong pembangunan kerjasama Asia Timur.
"Topik dan kerja persiapan dalam persidangan kali ini telah menunjukkan pelbagai trend perkembangan, iaitu kepercayaan politik ditingkatkan, topik kerjasama lebih konkrit, dan mekanisme kerjasama dua hala diperkukuh. Prospek kerjasama Asia Timur agak cerah."
|