v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdana Menteri China-Singapura Mengadakan Rundingan

2007-11-19 18:30:28 CRI

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari China Wen Jiabao yang sedang melawat Singapura petang semalam. Dalam rundingan itu, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bagi terus meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara dan menandatangani rangka perjanjian tentang kerjasama tentang pembinaan bandar ekologi di Tianjin China. Selain itu, isu pendorongan rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China-Singapura, pembentukan mekanisme dialog tentang dasar pertahanan serta penerokaan bersama pasaran pihak ketiga telah menjadi topik utama dalam rundingan Perdana Menteri kedua-dua negara.

Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas rundingan itu, Lee Hsien Loong telah membentangkan pendiriannya tentang hubungan kedua-dua negara: "Hubungan antara Singapura dengan China adalah mendalam, kukuh dan meluas kerana kami mempunyai pendirian strategik yang sama tentang pembangunan serantau dan Asia dan pembangunan China secara damai. Kami telah menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang berdasarkan asas sama rata, saling menghormati dan saling menguntungkan."

Masalah Taiwan juga merupakan satu isu penting yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak dalam rundingan tersebut. Lee Hsien Loong telah sekali bagi pihak kerajaan Singapura menegaskan lagi pendirian menentang "kemerdekaan Taiwan" dan ini telah mendapat sanjungan daripada Perdana Menteri Wen Jiabao. Lee Hsien Loong berkata: "Kami juga telah mengadakan perbincangan tentang hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan. Saya telah menekankan pendidiran kerajaan Singapura yang tidak berubah mengenai isu tersebut, iaitu mengekalkan dasar satu China dan menentang kemerdekaan Taiwan."

Perdana Menteri Wen Jiabao pula berkata: "Kami menyanjung pendirian Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berpegang pada dasar satu China dan sokongan beliau kepada penyatuan semula China."

Selain itu, Perdana Menteri kedua-dua negara juga telah bertukar-tukar pendapat tentang isu serantau yang ditumpu perhatian bersama, antaranya termasuklah situasi semasa di Myanmar. Perdana Menteri Wen Jiabao telah memaklumkan pendirian dan prinsip pihak China tentang masalah Myanmar. Beliau berkata: "Dalam rundingan itu, kami telah membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, terutamanya masalah Myanmar. Kami berpendapat bahawa kedamaian dan kestabilan perlu diwujudkan semula di Myanmar dengan segera berdasarkan jasa baik yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan usaha rakyat negara itu."

Selepas rundingan itu berakhir, Perdana Menteri kedua-dua negara telah menandatangani rangka perjanjian kerjasama tentang pembinaan bandar ekologi di Tianjin China. Menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, pelbagai pihak berkenaan Singapura akan memberi sokongan penuh kepada projek tersebut. Katanya: "Pelbagai pihak Singapura akan memberi sokongan penuh kepada projek tersebut. Saya yakin kerajaan China dan kerjaan bandar Tianjin juga akan memberi sokongan sepenuhnya agar menjadikan projek itu sebagai satu lambang baru kerjasama dan persahabatan Singapura-China."

Di samping itu, Perdana Menteri Wen Jiabao juga berharap projek pembinaan bandar ekologi Tianjin itu menjadi kecemerlangan baru dalam kerjasama kedua-dua negara. Beliau berkata: "Kami berpendapat bahawa keefisienan dan inovasi perlu diutamakan dalam kerjasama kedua-dua negara. Perjanjian tentang pembinaan bandar ekologi di China merupakan satu lagi percubaan dalam kerjasama China-Singapura selepas kedua-dua pihak menjalankan kerjasama dalam penubuhan Taman Industri Suzhou, China. Saya yakin pembinaan bandar ekologi itu akan menjadi kecemerlangan baru dalam kerjasama dan persahabatan China-Singapura."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |