v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Menteri Luar ASEAN Luluskan Draf "Piagam ASEAN"
2007-11-19 18:29:28 CRI

Menurut berita CRI, Menteri Luar pelbagai negara anggota ASEAN telah mengadakan sidang hari ini dan meluluskan draf "Piagam ASEAN" yang akan diserahkan kepada Sidang Kemuncak ASEAN untuk dibahaskan esok.

Menurut draf tersebut, pelbagai negara anggota ASEAN akan meningkatkan sistem demokrasi dan undang-undang supaya dapat meningkatkan selanjutnya taraf pengurusan pentadbiran kerajaan.

Menteri Luar Singapura, George Yeo dalam sidang tersebut menyatakan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN kali ini akan menandatangani "Piagam ASEAN". Ini merupakan selangkah penting yang berfaedah bagi peningkatan integrasi serantau.

Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar berpendapat bahawa penandatanganan "Piagam ASEAN" akan mendatangkan hasil yang praktikal sempena ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |