Menurut berita CRI, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao petang semalam. Kedua-dua pihak telah mencapai pelbagai persefahaman penting tentang peningkatan kerjasama selanjutnya yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Lee Hsien Loong menegaskan lagi bahawa Singapura akan terus melaksanakan dasar satu China dan menentang "kemerdekaan Taiwan". Pendirian itu merupakan batu asas hubungan strategik Singapura-China dan tidak akan berubah. Wen Jiabao menghargai pendirian Singapura tersebut dan menyatakan bahawa China bersedia untuk bersama-sama dengan Singapura berusaha mendorong hubungan China-Singapura berkembang ke satu tahap baru.
Selepas rundingan tersebut, Perdana Menteri kedua-dua negara China dan Singapura telah menandatangani perjanjian rangka tentang pembinaan kota ekologi di bandar Tianjian, China.
|