Menurut berita Bernama, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini tiba di Singapura bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-13 yang akan menyaksikan pemimpin-pemimpin perkumpulan 10 negara itu menerima dan menandatangani beberapa dokumen termasuk Piagam Asean.
Abdullah Ahmad Badawi akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-11, Sidang Kemuncak ke-11 Asean Campur Satu bersama China, Sidang Kemuncak ke-11 Asean Campur Satu bersama Jepun dan Sidang Kemuncak Asean ke-11 Asean Campur Satu bersama Korea Selatan serta mesyuarat lain yang berkaitan.
Diberitakan, selain daripada menandatangani Piagam Asean selepas Sidang Kemuncak Asean ke-13 pada sebelah petang esok, para pemimpin turut dijangka menandatangai Pelan Tindakan Ekonomi Komuniti Asean, Deklarasi Asean Mengenai Pengekalan Alam Sekitar dan Deklarasi Asean Mengenai Perubahan Iklim.
Sidang Kemuncak Asia Timur Ketiga (EAS) akan diadakan petang esok dan diikuti dengan majlis menandatangani Deklasi Singapura Mengenai Perubahan Iklim, Tenaga dan Alam Sekitar.
|