v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun
2007-11-20 12:52:06 CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Jepun, Yasuo Fukuda di Singapura hari ini. Ini merupakan kali pertama pertemuan antara pemimpin kerajaan China dengan Jepun sejak Yasuo Fukuda dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun.

Yasuo Fukuda menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun pada September tahun ini. Wen Jiabao dalam pertemuan telah menyatakan bahawa hubungan China-Jepun sekarang dalam fasa sejarah yang penting. Sehubungan dengan itu kedua-dua pihak harus berusaha bersama dan mengambil peluang untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara secara berterusan. Manakala Yasuo Fukuda menyatakan bahawa keikhlasan ucapan Wen Jiabao dalam Parlimen Jepun semasa melawat Jepun pada April tahun ini telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Jepun.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |