v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Menyampaikan Ucapan di Universiti Nasional Singapura

2007-11-20 11:34:44 CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Hanya dengan Laksanakan Dasar Buka Pintu dan Keserasian, Negara Baru Dapat Makmur dan Kuat" di Universiti Nasional Singapura petang semalam. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa China akan dengan teguh tak berganjak melaksanakan dasar buka pintu dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam proses pelaksanaan dasar buka pintu. Ucapannya telah mendapat sambutan hangat. Tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat Singapura termasuk kalangan politik, perniagaan, kebudayaan dan agama telah masing-masing mengemukakan pertanyaan kepada Perdana Menteri China.

Semalam, di Pusat Kebudayaan Universiti Nasional Singapura, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Wong Kan Seng serta tokoh-tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat Singapura termasuk wakil mahasiswa dan pensyarah, tokoh-tokoh perniagaan telah mendengar ucapan Perdana Menteri Wen Jiabao tersebut.

Dalam ucapannya, Wen Jiabao telah membentangkan dasar buka pintu China yang menyeluruh, dalam jangka panjang dan saling menguntungkan. Beliau berkata:

"Dasar buka pintu merupakan dasar asas negara China, tetapi bukan dasar untuk sementara waktu. Kami bukan sahaja membuka pintu kepada negara-negara maju, tetapi juga membuka pintu kepada negara-negara membangun. Dasar buka pintu China bukan sahaja melibatkan bidang ekonomi, tetapi juga melibatkan bidang sains dan teknologi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain. Buka pintu bukan sahaja bermanfaat bagi pembangunan China, tetapi juga bermanfaat bagi pembangunan dunia. China menarik modal, teknologi dan pengalaman pengurusan dari luar negara agar meningkatkan tahap pembangunan dan pengeluaran, di samping itu, negara-negara asing juga boleh mendapat keuntungan dan pasaran dalam proses itu."

Wen Jiabao menyatakan bahawa selepas Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China diadakan, China tetap akan mengekalkan dasar buka pintu. Sementara itu, beliau juga telah memaklumkan cara bagi China untuk menyelesaikan masalah dalam proses pelaksanaan dasar buka pintu. Beliau berterus terang tentang pelbagai masalah yang amat diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa baru-baru ini, termasuk kadar pertukaran RMB, keselamatan makanan dan pengeluaran serta perlindungan hak harta intelek.

"Kami menyokong perdagangan bebas, menentang fahaman perlindungan perdagangan. Kami akan terus menyempurnakan mekanisme kadar pertukaran RMB. Sementara itu, kami amat mementingkan kualiti produk dan keselamatan makanan. Kami juga bersedia meningkatkan lagi kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang harta intelek. Kami akan terus menyempurnakan undang-undang dan peraturan tentang dasar buka pintu agar hak dan kepentingan pelabur asing di China dilindungi oleh undang-undang."

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bukan sahaja penuh keyakinan terhadap pembangunan China, tetapi juga berkeyakinan bahawa pembangunan China akan memberi manfaat kepada negara-negara jiran.

"Walaupun pertumbuhan ekonomi China ada turun naik, tetapi kami mempunyai keyakinan bahawa China akan menjadi sebuah negara yang ekonominya kuat. Dalam tempoh 50 tahun yang akan datang, China akan menjadi salah sebuah negara besar dalam ekonomi di seluruh dunia. Pembangunan ekonomi China pasti akan memberi kesan mendalam kepada ekonomi dunia dan akan memberi keuntungan kepada Asia, khususnya Asia Tenggara."

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |