Menurut berita CRI, jurucakap Kementerian Luar China Liu Jianchao hari ini di Beijing menyatakan bahawa pihak China berpendapat bahawa penandatanganan Piagam ASEAN merupakan perkara yang penting dalam tempoh 40 tahun sejak ASEAN ditubuhkan dan juga merupakan kejayaan besar yang dicapai oleh ASEAN dalam pembangunan pertubuhan itu. China mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.
Semasa menjawab pertanyan wartawan dalam sidang akhbar, Liu Jianchao berkata, China yakin atas panduan Piagam ASEAN, ASEAN akan terus mendorong proses integrasinya dan memberi sumbangan yang lebih besar bagi mendorong pembangunan secara damai dan kemakmuran serantau bahkan sedunia.
|