v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Adakan Pertemuan dengan Yasuo Fukuda
2007-11-20 15:12:46 CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda di Singapura hari ini. Ini merupakan pertemuan pertama yang diadakan antara pemimpin kerajaan China-Jepun sejak Yasuo Fukuda menyandang jawatan Perdana Menteri Jepun.

Wen Jiabao menegaskan bahawa China mementingkan hubungan China-Jepun dan akan terus melaksanakan dasar persahabatan China-Jepun. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Jepun bagi mengekalkan arah aliran perkembangan hubungan kedua-dua negara dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Yasuo Fukuda berkata, kedua-dua pihak mempunyai tugas utama pada masa yang akan datang iaitu mendorong perkembangan hubungan strategik kedua-dua negara yang saling menguntungkan. Jepun bersedia mengekalkan pertukaran lawatan pegawai kanan antara kedua-dua negara. Yasuo Fukuda berharap agar beliau melawat China tahun ini atau pada awal tahun depan. Beliau menegaskan lagi Jepun tidak mengubah pendiriannya mengenai isu Taiwan.

Kedua-dua pihak China dan Jepun bersetuju menetapkan tahun depan sebagai "Tahun Pertukaran Persahabatan Belia dan Kanak-kanak China-Jepun".

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |