v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Sidang Pemimpin Asia Timur Diadakan di Singapura
2007-11-20 18:19:32 CRI

Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3) Ke-11 dan Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) Ke-11 telah diadakan di Singapura hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri Sidang Kemuncak 10+3 dan 10+1 dan mengemukakan anjuran China tentang peningkatan kerjasama Asia Timur.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 hari ini, pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN telah menandatangani "Piagam ASEAN" dan menetapkan matlamat strategik, prinsip, kedudukan dan rangka ASEAN.

Dalam Sidang Kemuncak 10+3 Ke-11, Wen Jiabao mengemukakan anjuran tentang peningkatan kerjasama 10+3. Sidang tersebut juga meluluskan "Perisytiharan Bersama Kerjasama Asia Timur" dan Rancangan Kerja Kerjasama 10+3 yang menegaskan peranan utama yang dimainkan oleh ASEAN dalam kerjasama serantau.

Dalam Sidang Kemuncak 10+1, Wen Jiabao menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan ASEAN meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan pertukaran dalam pelbagai bidang sosiobudaya.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |