Menurut berita CRI, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13, Sidang Kemuncak ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3) Ke-11 dan Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) Ke-11 telah diadakan di Singapura hari ini. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri Sidang Kemuncak 10+3 dan 10+1 dan mengemukakan anjuran China tentang peningkatan kerjasama Asia Timur.
Dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 hari ini, pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN telah menandatangani "Piagam ASEAN" dan menetapkan matlamat strategik, prinsip, kedudukan dan rangka ASEAN.
Dalam Sidang Kemuncak 10+3 Ke-11, Wen Jiabao mengemukakan anjuran tentang peningkatan kerjasama 10+3. Sidang tersebut juga meluluskan "Perisytiharan Bersama Kerjasama Asia Timur" dan Rancangan Kerja Kerjasama 10+3 yang menegaskan peranan utama yang dimainkan oleh ASEAN dalam kerjasama serantau.
Dalam Sidang Kemuncak 10+1, Wen Jiabao menyatakan bahawa China bersedia bersama dengan ASEAN meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan pertukaran dalam pelbagai bidang sosiobudaya. Pemimpin negara anggota ASEAN menyanjung tinggi perkembangan hubungan rakan berdialog ASEAN-China dan hubungan dua hala masing-masing dengan China.
|