Menurut berita CRI, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur petang tadi, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah berlepas dari Singapura dan kembalik ke China.
Dalam tempoh empat hari yang lalu, Perdana Menteri China Wen Jiabao telah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN+3 ke-11, Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-11, Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3 dan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea ke-8.
|