Pemimpin 10 negara anggota ASEAN telah memeterai Piagam ASEAN dalam Sidang Kemuncak ke-13 ASEAN yang diadakan di Singapura petang semalam. Piagam tersebut merupakan dokumen undang-undang pertama yang mempunyai kuasa mengikat bagi negara anggota ASEAN sejak pertubuhan itu ditubuhkan pada 40 tahun yang lalu.
Pemimpin 10 negara anggota ASEAN telah memeterai beberapa dokumen yang penting termasuk Piagam ASEAN dalam Sidang Kemuncak ke-13 ASEAN. Setiausaha Agung ASEAN, Ong Keng Yong telah menerima dokumen asal Piagam ASEAN yang telah ditandatangani daripada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan bersama-sama pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN yang lain untuk merayakan penandatanganan dokumen tersebut.
Jurucakap Sidang Kemuncak ASEAN, Andrew Tan menyatakan bahawa penandatanganan piagam tersebut merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan ASEAN dan akan meningkatkan tahap integrasi ASEAN. Beliau berkata: "Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi semua negara anggota ASEAN. Pelbagai negara anggota ASEAN mengalu-alukan penandatanganan dokumen tersebut. Piagam tersebut akan memainkan peranan yang penting bagi pelbagai negara ASEAN untuk menubuhkan sebuah komuniti."
Piagam tersebut telah buat kali pertama menetapkan sasaran untuk menubuhkan Komuniti ASEAN serta menentukan sasaran, prinsip kedudukan dan rangka perkembangan ASEAN. Dalam piagam tersebut ditegaskan bahawa ASEAN akan berusaha untuk memelihara kedamaian, keselamatan, kestabilan serta meningkatkan tahap integrasi ekonomi di rantau ini, pelbagai negara anggota ASEAN tidak mencampur tangan terhadap urusan dalaman negara lain serta menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan dan keutuhan wilayah antara satu sama lain. Pelbagai negara anggota ASEAN akan menyelesaikan perselisihan melalui cara damai. Selain itu, piagam tersebut telah mengemukakan penetapan tentang pelbagai badan dan agenda ASEAN.
Pada masa sekarang, Piagam ASEAN telah dipersetujui dan dialu-alukan oleh pelbagai negara anggota ASEAN serta negara-negara berkenaan yang lain. Jurucakap Sidang kemuncak ASEAN, Encik Andrew Tan menyatakan, sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, Singapura telah mempunyai rancangan untuk menguatkuasakan piagam tersebut. beliau berkata: "Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini menyatakan bahawa Singapura akan memperuntukkan sejumlah 30 juta dolar Singapura sebagai dana untuk integrasi ASEAN pada tahun 2009 hingga tahun 2011. Selain itu, Singapura akan menyediakan dana sejumlah 240 ribu dolar Amerika untuk membantu sekretariat ASEAN menangani permintaan dalam piagam tersebut dengan lebih baik."
Jurucakap Kementerian Luar China, Liu Jianchao setelah mengetahui penandatanganan piagam tersebut di Beijing berkata: "Pihak China mengucapkan tahniah atas penandatanganan piagam tersebut. China yakin bahawa ASEAN akan terus meningkatkan integrasi dengan panduan piagam tersebut agar memberi sumbangan yang lebih besar bagi kedamaian, pembangunan dan kemakmuran serantau dan antarabangsa. China menyokong dan bersedia memberi sokongan terhadap proses integrasi ASEAN."
Selain piagam tersebut, pemimpin pelbagai negara anggota ASEAN dalam sidang tersebut telah memeterai beberapa dokumen termasuk Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN, Deklarasi Alam Sekitar Mapan ASEAN dan lain-lain. Dokumen-dokumen tersebut telah meletakkan asas yang baik bagi peningkatan pembangunan integrasi ASEAN pada masa akan datang.
|