v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Yang Jiechi: Lawatan Wen Jiabao ke Singapura Tingkatkan Kepercayaan dan Kerjasama China-ASEAN

2007-11-22 13:38:27 CRI

Menurut berita CRI, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menamatkan lawatannya ke Singapura dan kembali ke Beijing malam semalam. Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi lawatan Wen Jiabao ke Singapura telah memaklumkan bahawa lawatan Wen Jiabao kali ini telah meningkatkan kepercayaan dan kerjasama China-ASEAN bagi mewujudkan suasana yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Pada 18 hingga 21 November lalu, Wen Jiabao telah mengadakan lawatan rasmi ke Singapura dan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ke-11, Sidang Kemuncak ASEAN-China Ke-11, Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-3 dan Sidang Kemuncak China, Jepun dan Republik Korea Ke-8. Yang Jiechi memaklumkan bahawa dalam pelbagai aktiviti dua hala dan pelbagai hala, Wen Jiabao telah bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN serta negara yang berkaitan tentang peningkatan kerjasama dua hala dan serantau bagi meningkatkan kepercayaan dan persahabatan antara satu sama lain.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN. Dalam siri persidangan tersebut, Wen Jiabao telah banyak kali menyatakan hasrat China untuk menyokong integrasi ASEAN dan kerjasama Asia Timur. Beliau juga telah mengemukakan beberapa cadangan yang konkrit dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan lain-lain untuk meningkatkan kerjasama China dengan ASEAN bahkan kerjasama di seluruh Asia Timur.

Dalam mekanisme "ASEAN+1", Wen Jiabao telah mengemukakan cadangan agar mendorong Rundingan Perjanjian Pelaburan China-ASEAN, menyokong penyambungan jalan raya dan landasan kereta api serta penerbangan langsung antara kedua-dua pihak, dan menggalakkan pertukaran maklumat. Kedua-dua pihak juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama mengenai Kesihatan dan Kesihatan Tumbuh-tumbuhan.

Tentang kerjasama "ASEAN+3", Wen Jiabao mencadangkan agar mendorong kerjasama kewangan dan menubuhkan Forum Kerjasama Angkatan Tentera mengenai Keselamatan Bukan Tradisional. Dalam Sidang Kemuncak Asia Timur, beliau juga mencadangkan agar meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, perlindungan alam sekitar dan pemanasan global. Tentang kerjasama antara China, Jepun dan Republik Korea, Wen Jiabao berkata bahawa pihak China berharap agar terus mengadakan pertukaran lawatan pelbagai peringkat dan memperluas lagi skop kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sains dan teknologi, perlindungan alam sekitar dan pengangkutan.

Pelbagai pihak masing-masing menghargai China yang berpegang teguh pada pembangunan secara damai dan mengamalkan dasar luar yang bersahabat dan kejiranan. Mereka menyatakan bahawa pembangunan China merupakan peluang baik bagi Asia Timur. Pelbagai negara berharap agar bersama-sama dengan China untuk mendorong kedamaian, mencapai pembangunan, menghadapi cabaran dan menikmati kemakmuran.

Dalam tempoh siri persidangan pemimpin Asia Timur tersebut, Wen Jiabao telah mengadakan beberapa pertemuan dua hala dan mencapai kata sepakat yang penting dengan pemimpin-pemimpin negara yang berkaitan. Beliau telah menemui pemimpin-pemimpin dari Jepun, Republik Korea, New Zealand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Myanmar dan bertukar-tukar pandangan tentang hubungan China-Jepun, masalah nuklear Semenanjung Korea, situasi Myanmar dan rundingan sempadan. Pelbagai pihak telah memberi penghargaan kepada China yang memainkan peranan positif dan membina dalam masalah nuklear Semenanjung Korea dan masalah Myanmar.

Lawatan ke Singapura kali ini merupakan lawatan pertama ke luar negara bagi Wen Jiabao selepas beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri China. Dalam tempoh lawatan tersebut, Wen Jiabao telah menemui pemimpin Singapura, menyampaikan ucapan kepada tokoh-tokoh daripada pelbagai lapisan masyarakat Singapura, memperkenalkan dasar buka pintu dan keserasian China. Perdana Menteri China dan Singapura telah menandatangani rangka perjanjian tentang pembinaan bandar ekologi di bandar Tianjin China. Ini merupakan satu lagi projek kerjasama simbolik bagi kedua-dua negara selepas projek Taman Industri Suzhou.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |