v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdana Menteri China Wen Jiabao Menyatakan, China Akan Memikul Tanggungjawab yang Sewajar tentang Masalah Perubahan Iklim

2007-11-22 15:52:15 CRI

Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3 di Singapura semalam telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, Bekerjasama untuk Mewujudkan Pembangunan yang Berterusan. Wen Jiabao dalam ucapan tersebut telah membentangkan pandangan China tentang masalah perubahan iklim di dunia. Beliau telah berjanji bahawa pihak China akan memikul tanggungjawab yang sewajar dalam bidang tersebut.

Wen Jiabao dalam ucapannya telah membentangkan pendirian pihak China tentang masalah perubahan iklim, iaitu prinsip "bertanggungjawab bersama-sama namun tahapnya berbeza" yang ditetapkan dalam Konvensyen Rangka kerja Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim. Wen Jiabao berkata, negara-negara maju harus memikul tanggungjawabnya dan mengakui bahawa jumlah pelepasan karbon dioksida purata penduduk di negara-negara tersebut masih amat tinggi. Selain itu, negara-negara maju harus berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Protokol Tokyo dan mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksidanya secara terlebih dahulu bermula pada tahun 2012. Namun negara-negara membangun harus mengambil tindakan yang berkesan berdasarkan keupayaan sendiri agar memberi sumbangan yang sedapat mungkin untuk menghadapi masalah perubahan iklim.

Sebagai negara membangun yang paling besar di dunia, jumlah pelepasan karbon dioksida purata penduduk di China tidak mencapai satu pertiga taraf purata negara-negara maju. Pada tahun 1950 hingga tahun 2000, jumlah pelepasan karbon dioksida di negara-negara maju menduduki kira-kira 80% daripada jumlah pelepasan di dunia. Perdana Menteri Wen Jiabao menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa dan negara-negara maju harus menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun untuk mengurangkan jumlah pelepasan dan meningkatkan keupayaan negara-negara tersebut dalam menghadapi masalah perubahan iklim.

Wen Jiabao menegaskan bahawa masalah perubahan iklim merupakan masalah sejagat dan berkaitan dengan kehidupan rakyat seluruh dunia. Kerajaan China bertanggungjawab terhadap rakyat China dan manusia seluruh dunia serta mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau. Wen Jiabao menyatakan bahawa perlindungan alam sekitar merupakan dasar asas bagi kerajaan China. China telah menggubal dan mengemukakan Cadangan Negara China Mengenai Perubahan Iklim dan menubuhkan kumpulan pimpinan negara bagi menghadapi perubahan iklim. Selain itu, China telah mengumumkan beberapa undang-undang mengenai masalah tersebut dan mengemukakan sasaran untuk mengurangkan kira-kira 20% penggunaan sumber tenaga seunit KDNK pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2005.

Namun China masih menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai matlamat tersebut. Masih terdapat lebih 20 juta orang miskin di desa China dan lebih 22 juta orang penduduk yang hidup susah di bandar. Jumlah pelepasan China berkemungkinan meningkat untuk menjamin kehidupan 1.3 bilion orang penduduk di China.

Ucapan Perdana Menteri China Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak Asia Timur ke-3 tersebut telah menunjukkan keazaman dan keyakinan China untuk menghadapi masalah perubahan iklim. China akan mengutamakan perindustrian baru yang jumlah penggunaan sumber tenaga dan jumlah pelepasannya rendah, namun keefisinan dan pengeluarannya tinggi. China akan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat antarabangsa untuk melindungi alam sekitar, menghadapi masalah perubahan iklim dan mewujudkan pembangunan secara berterusan. Wen Jiabao menegaskan bahawa China akan memikul tanggungjawab dan kewajipan berdasarkan konvensyen dan protokol yang berkenaan.

Wen Jiabao dan pemimpin 10 negara anggota ASEAN serta Jepun, Republik Korea, Australia, India dan New Zealand telah memeterai Deklarasi Singapura Mengenai Perubahan Iklim, Sumber Tenaga dan Alam Sekitar. Pelbagai pihak tersebut akan berusaha untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim di rantau ini.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |